Author: azharsahwan
Rintihan Suami Bergaji RM3,000

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RM30
- Duit rumah RM700
- Duit kereta RM700
- Bil telefon suami dan isteri RM200.
- Bil elektrik RM170.
- Yuran Tuisyen anak RM150.
- Tukar RM150 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
‘Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?’.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
‘Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru..”
Isteri spontan menyampuk..
‘Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..’
Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
‘Ayah.. Kakak pun nak duit RM30 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..’
Si suami terus mengeluarkan RM50 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50 (Baki gaji RM600.00)
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250 (Baki gaji RM350) untuk beli barang kering dan RM50 (Baki gaji RM300) untuk beli barang basah
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300 dari jumlah gaji bersih RM3,000) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50)..
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50)
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
‘Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..’
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih…
‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…’
‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…’
Lalu isteri menjawab dgn sinis.. ‘.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?”
Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu…
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?
** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.
Share Jika Bermanfaat
Nak Buat SALES Tiap Hari Guna FB Ads Dengan Kos Minimum
Belajar buat iklan fbads bersama khairi dengan kos iklan yang paling minimum.
Khairi pernah menguruskan iklan fbads berjumlah RM40 juta. Fbads ni main klik-klik sambil kejam mata jer lah..
sepak terajang dari staff FB pun dah masak..dah immune..
cuba tonton video di bawah ni..jangan skip, ada tips yang berharga..
kalau belum masuk komuniti like method yang terdiri dari lebih 5,000 usahawan online (ada yg taraf jutawan pun ada). Picit butang bawah laju-laju.
Kenapa Perlu BERNIAGA?
Perlu ker nak berniaga?..kalau tak bisnes ni tak boleh ker?
Memang tak salah kalau tak nak berniaga, itu sebenarnya adalah hak masing-masing. Tetapi 9 daripada 10 pendapatan atau rezeki datangnya dari berniaga..
Mungkin sekarang ini, berniaga adalah choice yang terakhir bagi golongan anak muda untuk memulakan kehidupan selepas tamat belajar..
Tetapi mungkin satu hari nanti, bisnes adalah salah satu bidang yang di ceburi oleh ramai orang..seriously..
Mereka yang lambat bermula akan ketinggalan..itu standard bila follow trending..
Kalau 10 tahun dulu, banyak laungkan slogan, satu rumah satu laptop..so sekarang ni apa dah jadi..kalau anda tiada laptop macam ketinggalan zaman rasanya..betul ker tak?..
Dah ada bunyi-bunyi, satu keluarga satu bisnes..sekurang-kurangnya adalah salah sorang dari ahli keluarga jadi seorang businessman..
Salah satu sebab kenapa perlu berniaga adalah peningkatan ekonomi. tak kisahlah untuk diri sendiri atau negara..
Bila cerita pasal negara, setiap tahun dengar baget asyik defisit baget sahaja. sekarang tahun 2016..dah 19 tahun negara mengalami baget defisit..
Bila defisit, negara perlu berhutang untuk cover baget keseluruhan. Bila negara berhutang, yang membayarnya adalah rakyat..
Bukan nak ungkitkan pasal politik ker apa..tapi sekarang kita duduk di Malaysia dan sosioekonomi negara akan memberi kesan kepada kita dan keluarga kita..
Ya ker, keluarga kita terkesan?..yer betul, kalau hutang negara asyik bertambah dari tahun ke tahun..yang akan bayarnya nanti adalah anak cucu cicit kita..seriously..
Mungkin anda sekarang tidak rasa terbeban dengan bebanan cukai bagai sebab gaji anda sudah tinggi..tapi bila anda pencen, anda dah tak bekerja..anak-anak anda terpaksa mencari kerja (yang sememangnya susah nak cari kerja) dan tolong bayarkan hutang negara..
Hampir 60% golongan bumiputera adalah di kalangan orang miskin. Angka peratus ni akan sentiasa menaik jika tiada perkembangan ekonomi diri sendiri atau pun negara..
Video di bawah ni video lama..tapi relevan sampai ke hari ini. kenapa kita tahun 2017 sekurang-kurangnya ada satu bisnes..yang pastinya bila berniaga, syarikat itu akan di warisi oleh anak cucu cicit kita..mana lagi secure?
Zaman sekarang nak mula berniaga sangat mudah. Buat online jer dah boleh start hari ini. Tekan Butang Share Di Bawah Untuk Bantu Mereka Yang Masih Menganggur.
2 Inflasi Ini Penentu Tahap Kewangan Anda Masa Hadapan..

Berdasarkan tafsiran WIKIPEDIA, inflasi – Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar.
Terdapat 2 kadar inflasi yang perlu anda tahu. Yang pertama adalah kadar inflasi umum atau dipanggil juga kadar inflasi negara. Yang kedua adalah kadar inflasi gaya hidup (lifestyle). Cukup untuk mengetahui 2 inflasi daripada pelbagai inflasi kerana inflasi-inflasi ini semua penduduk dunia akan hadapinya.
Kadar Inflasi Negara (Inflasi Umum)
Kadar inflasi ini di kawal dan bergantung kepada ekonomi negara. Jadi ianya tidak dapat dikawal.
Semua orang akan menerima kenaikan inflasi yang sama dari segi harga barangan keperluan harian dan lain-lain lagi.

Pengiraan nilai akan datang berdasarkan inflasi adalah mengikut formula ini.

Di mana FV adalah nilai masa hadapan, PV adalah nilai sekarang, r adalah kadar inflasi dan n adalah tempoh masa dalam tahun.
Sebagai contoh, jika gaji anda sekarang adalah RM3,000 dan kadar inflasi adalah 5%, dalam masa 10 tahun anda perlu ada RM4,886 untuk sama perbelanjaan pada waktu sekarang.
Ini bermaksud jika lepas 10 tahun gaji anda tidak naik sehingga RM4,886, anda akan mengalami masalah kritikal. Lagi parah jika nilai RM3,000 pada masa sekarang ini hanya cukup makan. Anda bakal terdedah dengan hutang yang begitu banyak dan tak mampu nak bayar. Anda kena buat sesuatu untuk jangka masa akan datang.
Contoh perkiraan di atas tidak termasuk dengan inflasi gaya hidup.
Kadar Inflasi Gaya Hidup (Lifestyle)
Kadar inflasi ini boleh kawal dan ada pilihan.
Jika anda tinggal di bandar sudah tentu inflasi lifestyle lebih tinggi dari mereka tinggal di kampung.
Begitu juga mereka yang masak sendiri, inflasi lifestyle lebih rendah dari mereka yang selalu makan di luar.

Kebiasaannya jika mereka tinggal di bandar, kadar inflasi lifestyle minima sama dengan kadar inflasi negara.
Dengan mengambil jumlah keseluruhan inflasi 10%, jika gaji sekarang adalah RM3,000, dalam masa 10 tahun anda perlu mempunyai RM7,781 untuk menyamai perbelanjaan sekarang.
Hanya Ada 2 Cara Sahaja Untuk Mengurangkan Jurang Inflasi Anda
2 cara ini tidak sesuai jika anda seorang anak orang kaya dan pewaris harta berjuta-juta ringgit. Cara ini hanya untuk orang yang biasa-biasa, rakyat netezen yang setiap hari memikirkan kelangsungan hidup diri sendiri dan keluarga.
- CARA PERTAMA dengan berjimat cermat bermula dari sekarang. Minimumkan inflasi gaya hidup. Lebihan simpan dalam tabung yang boleh dikembangkan. Tahan nafsu membeli, beli perkara yang perlu sahaja. Kaedah pertama ini hanya boleh selesaikan inflasi anda pada jangka masa pendek. Jika 10 tahun, adakah anda mampu lagi nak berjimat? sedangkan gaji gerak sangat perlahan.
- CARA KEDUA dengan menambah pendapatan. Jika kira-kira inflasi anda pada 10 tahun tidak berkadar sama dengan gaji dan kenaikan sekarang, anda kena buat 2 kerja atau lebih. Dalam masa yang sama, simpan di tabung yang boleh di kembangkan. Jika tabungan sudah cukup banyak, boleh melakukan pelaburan saham dan komoditi untuk jangka masa yang panjang supaya selari dengan inflasi anda.
Pilihan ada di tangan anda. Adakah anda sanggup melihat orang yang tersayang terlibat sekali dengan kehimpitan selepas 10 tahun akan datang jika gaji tidak selaras dengan inflasi
Tahukah anda, ramai peniaga part time buat secara online. Kadang-kadang kerja online boleh dapat sama dengan gaji utama. Dapat bersama dengan anak-anak dan isteri. Boleh buat di tengah malam dan balik kerja. Flexible.
Post Ini Bermanfaat?..Sila Tekan Butang Share Di Bawah.
Video AMATUR Ini Jana USD500,000 Di Youtube
Video berdurasi 55 saat ini telah menjana lebih dari USD500,000 sepanjang 5 tahun selepas di upload di Youtube..
Siapa kata susah nak buat duit pasif dari youtube..video simple macam ini, letak video anak comel boleh jadi sumber pendapatan kedua..
yang bestnya..ia dapat berulang-ulang kali.
kalau tiada laptop, guna smartphone yang ada fungsi ambil video..dah boleh start..
tak perlu lah nak beli dslr ker, handycam ker..ada smartphone dan internet sudah boleh mula jana di youtube..
ini adalah tutorial step by step bagaimana nak jana income pasif dari youtube..
- Cari market yang untung dan susun strategi.
- Kaji selidik nama-nama terbesar di Youtube dan copy rahsia mereka.
- Daftar akaun google dan setup kaedah pembayaran kepada anda.
- Setting iklan yang paling efektif untuk keuntungan Adsense yang besar.
- Cara setting tajuk video, kata kunci dan description yang efektif.
- Cara menghasilkan thumbnail video yang menonjol tanpa Photoshop.
- Cara mendapat perhatian penonton, walaupun anda bukan pakar dalam topik tersebut.
- Rahsia optimization & ranking YouTube yang dijamin boleh mendapat ranking tinggi dalam Google.
- Cara betul letupkan jumlah subscribers dengan menganjurkan “giveaway” dan pertandingan.
Anda boleh pelajari kesemua video tutorial ini di sini:-
Tekan Butang SHARE Untuk Manfaat Ramai Orang
Budak 8 Tahun Jana RM4.2 Juta Guna YOUTUBE Jer..

Dalam usia semuda ini, dapat RM4.2 juta memang akan kata wooowww best giler…orang yang berumur 30an pun kalau dapat sejuta ringgit, dah terhuyung hayang berangannya..inikan pula budak yang belum masuk alam remaja..
Budak ini namanya Evan. Berasal dari Amerika Syarikat. Pendapatan tahunan di youtube sebanyak RM4.2 juta. Ini bermakna pendapatan bulanan Evan adalah RM350,000..woww berpinar symbol duit ni. Apalah budak ni buat dengan duit banyak ni. Video beliau ni dah di tonton seramai 750 juta view dalam masa beberapa tahun sahaja..ramai gilerr…
Asalnya, Evan buat video suka-suka jer..sekadar mengisi masa lapang bersama keluarga..sambil-sambil tu ambil video sebagai hobi. Evan hanya mengulas dalam bentuk video, permainan kanak-kanak dan permainan video kegemarannya. Dari suka-suka sahaja, semuanya berubah apabila videonya telah mencapai sejuta tontonan.
Evan menjana duit di youtube menggunakan khidmat pengiklanan yang di sediakan oleh youtube dan juga hasil dari pengiklanan produk yang ingin tampil dalam videonya.
Bapa Evan, Jared berkatam kesemua duit yang terkumpul tidak di gunakan untuk perbelanaan keluarga tapi di simpan untuk kegunaan masa depan Evan.
Evan kini sudah ada 3 saluran Youtube iaitu EvanTubeHD, EvanTubeRAW dan EvanTubeGaming.
Sekarang sudah ada TUTORIAL Step By Step bagaimana hendak menjana pendapatan di Youtube seperti Evan. Tutorial ini di hasilkan oleh pakar internet marketer antarabangsa tetapi duduk di Malaysia, Gobala Krishnan. Di dalam tutorial ini, akan di tunjukkan secara strategik berserta langkah-langkah supaya anda boleh jana income di youtube dalam masa sebulan.
Jangan risau, tutorial ini dalam bahasa melayu dan bahasa santai..rupanya banyak step-step mudah yang ramai tak tahu dan boleh jana income di youtube dengan pantas.
Belajar tutorialnya disini..
Sila Tekan Butang Share Di Bawah…
