
Berdasarkan tafsiran WIKIPEDIA, inflasi – Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar.
Terdapat 2 kadar inflasi yang perlu anda tahu. Yang pertama adalah kadar inflasi umum atau dipanggil juga kadar inflasi negara. Yang kedua adalah kadar inflasi gaya hidup (lifestyle). Cukup untuk mengetahui 2 inflasi daripada pelbagai inflasi kerana inflasi-inflasi ini semua penduduk dunia akan hadapinya.
Kadar Inflasi Negara (Inflasi Umum)
Kadar inflasi ini di kawal dan bergantung kepada ekonomi negara. Jadi ianya tidak dapat dikawal.
Semua orang akan menerima kenaikan inflasi yang sama dari segi harga barangan keperluan harian dan lain-lain lagi.

Pengiraan nilai akan datang berdasarkan inflasi adalah mengikut formula ini.

Di mana FV adalah nilai masa hadapan, PV adalah nilai sekarang, r adalah kadar inflasi dan n adalah tempoh masa dalam tahun.
Sebagai contoh, jika gaji anda sekarang adalah RM3,000 dan kadar inflasi adalah 5%, dalam masa 10 tahun anda perlu ada RM4,886 untuk sama perbelanjaan pada waktu sekarang.
Ini bermaksud jika lepas 10 tahun gaji anda tidak naik sehingga RM4,886, anda akan mengalami masalah kritikal. Lagi parah jika nilai RM3,000 pada masa sekarang ini hanya cukup makan. Anda bakal terdedah dengan hutang yang begitu banyak dan tak mampu nak bayar. Anda kena buat sesuatu untuk jangka masa akan datang.
Contoh perkiraan di atas tidak termasuk dengan inflasi gaya hidup.
Kadar Inflasi Gaya Hidup (Lifestyle)
Kadar inflasi ini boleh kawal dan ada pilihan.
Jika anda tinggal di bandar sudah tentu inflasi lifestyle lebih tinggi dari mereka tinggal di kampung.
Begitu juga mereka yang masak sendiri, inflasi lifestyle lebih rendah dari mereka yang selalu makan di luar.

Kebiasaannya jika mereka tinggal di bandar, kadar inflasi lifestyle minima sama dengan kadar inflasi negara.
Dengan mengambil jumlah keseluruhan inflasi 10%, jika gaji sekarang adalah RM3,000, dalam masa 10 tahun anda perlu mempunyai RM7,781 untuk menyamai perbelanjaan sekarang.
Hanya Ada 2 Cara Sahaja Untuk Mengurangkan Jurang Inflasi Anda
2 cara ini tidak sesuai jika anda seorang anak orang kaya dan pewaris harta berjuta-juta ringgit. Cara ini hanya untuk orang yang biasa-biasa, rakyat netezen yang setiap hari memikirkan kelangsungan hidup diri sendiri dan keluarga.
- CARA PERTAMA dengan berjimat cermat bermula dari sekarang. Minimumkan inflasi gaya hidup. Lebihan simpan dalam tabung yang boleh dikembangkan. Tahan nafsu membeli, beli perkara yang perlu sahaja. Kaedah pertama ini hanya boleh selesaikan inflasi anda pada jangka masa pendek. Jika 10 tahun, adakah anda mampu lagi nak berjimat? sedangkan gaji gerak sangat perlahan.
- CARA KEDUA dengan menambah pendapatan. Jika kira-kira inflasi anda pada 10 tahun tidak berkadar sama dengan gaji dan kenaikan sekarang, anda kena buat 2 kerja atau lebih. Dalam masa yang sama, simpan di tabung yang boleh di kembangkan. Jika tabungan sudah cukup banyak, boleh melakukan pelaburan saham dan komoditi untuk jangka masa yang panjang supaya selari dengan inflasi anda.
Pilihan ada di tangan anda. Adakah anda sanggup melihat orang yang tersayang terlibat sekali dengan kehimpitan selepas 10 tahun akan datang jika gaji tidak selaras dengan inflasi
Tahukah anda, ramai peniaga part time buat secara online. Kadang-kadang kerja online boleh dapat sama dengan gaji utama. Dapat bersama dengan anak-anak dan isteri. Boleh buat di tengah malam dan balik kerja. Flexible.
Post Ini Bermanfaat?..Sila Tekan Butang Share Di Bawah.